
PETALING JAYA: Polis sedang mencari seorang lelaki didakwa mengugut akan memukul seorang individu mendengarnya jerit ke arah seorang wanita, dipercayai isterinya di tempat parkir sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang difailkan individu terbabit Ahad lalu.
“Kita sedang kesan (lelaki itu yang didakwa membuat ugutan) dan akan panggil (dia) untuk diambil keterangan,” katanya kepada FMT.
Ku Mashariman bagaimanapun berkata, polis mengklasifikasikan kes itu tiada tindakan lanjut (NFA) kerana tiada keganasan atau kecederaan dialami kedua-dua pihak.
Beliau berkata, polis akan menyiasat semua laporan difailkan, tetapi kertas siasatan hanya akan dibuka jika terdapat bukti perlakuan jenayah.
Dalam laporan polis dilihat FMT, pengadu berkata, dia menyaksikan…