Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis cari suspek pecah kedai, larikan 16 telefon bimbit

today2 January 2024

Background


Tular di media sosial rakaman CCTV memaparkan dua lelaki memakai topi keledar dan pelitup muka memecah masuk kedai telefon bimbit.

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah masuk sebuah kedai telefon bimbit di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4.38 pagi dan barang-barang yang telah dicuri suspek adalah 16 buah telefon bimbit pelbagai jenis dengan anggaran kerugian lebih kurang RM19,161,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Hapizee Zulkarnain Md Puzi di talian 012-7532276 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Memanah Pahang sasar tiga emas

Kuantan: Pasukan memanah Pahang mensasarkan untuk membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 Sarawak, September depan.

today2 January 2024