
KUALA LUMPUR: Sebanyak 392 individu termasuk 64 warga asing ditahan bagi tempoh Januari hingga semalam kerana terlibat kegiatan penyeludupan serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Hazani Ghazali, berkata semua mereka berusia 18 hingga 60 tahun itu ditahan dalam 165 serbuan di seluruh negara oleh Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK).
“Untuk tempoh yang sama juga WCB/PSK telah merampas pelbagai barangan dianggarkan berjumlah RM215,565,308.87,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, Hazani berkata WCB/PSK telah menumpaskan penyeludupan diesel dan ayam sejuk beku dalam 12 siri serbuan di seluruh negara antara 10 hingga 20 Okt lalu.
Beliau berkata, dalam empat serbuan Op Tiris, pihaknya menahan 12 lelaki…
