
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang dalam proses memperoleh semula aset berkaitan 1MDB bernilai jutaan ringgit daripada seorang individu.
Pengarah JSJK Ramli Yoosuf berkata, mereka mengenal pasti individu itu berikutan siasatan membabitkan bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng.
“Ini yang sedang giat kita usahakan. Kita sangat positif dapat peroleh semula aset bernilai jutaan ringgit,” katanya pada sidang media di sini.
Ramli bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu itu kerana boleh menjejaskan siasatan pihaknya, tetapi dia dipercayai berada di luar negara.
Ng dihantar pulang ke Malaysia awal bulan ini untuk membantu pihak berkuasa dalam siasatan 1MDB yang sedang berjalan.
BERITA LANJUT MENYUSUL