

Kehadiran anggota polis di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini ialah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam serta pematuhan kepada undang-undang tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan sebelum ketua polis Tampin mengatur penugasan anggota dan pegawai polis bagi melaksanakan kawalan keselamatan serta memantau keadaan di lokasi berkenaan.
Langkah itu bertujuan memastikan ketenteraman awam, keselamatan orang ramai dan kelancaran situasi di kawasan berkenaan.
“Tindakan diambil adalah selaras dengan fungsi dan tanggungjawab polis sebagaimana diperuntuk bawah Seksyen 21 Akta Polis bagi memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam serta mencegah berlakunya sebarang perlakuan…