Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis gempur sindiket pusat panggilan judi dan penipuan

today29 September 2026

Background


Pengarah JSJ Bukit Aman M.Kumar
Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar, mengumumkan hasil Ops Dadu Khas di ibu negara semalam.
KUALA LUMPUR:

Polis menumpaskan sindiket pusat panggilan perjudian dan penipuan dalam talian susulan penahanan 74 warga asing menerusi Ops Dadu Khas di sekitar ibu negara, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, berkata operasi serentak ke atas lapan premis kediaman itu dilancarkan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Tangkapan melibatkan 67 lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun, merangkumi 61 warga China, 12 warga Vietnam serta seorang warga Taiwan berdasarkan semakan awal dokumen pengenalan diri.

“Pemeriksaan mendapati kelapan-lapan premis berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti mempromosikan perjudian dalam talian, panggilan cinta dan penipuan pelaburan tidak wujud, selain dijadikan asrama atau penginapan operator pusat panggilan,” menurut kenyataan.

Pasukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post