Site icon Hot FM

Polis Ipoh Sedang Siasat Anggota Trafik Tahan Pemandu Ikut Peraturan


Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Susulan kejadian seorang lelaki memandu mengikut peraturan dan ditahan anggota polis trafik atas dakwaan telah melanggar lampu merah, Polis Daerah Ipoh telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Memetik kenyataan rasminya, pihak PDRM Ipoh mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada 5 Ogos 2022, pada pukul 7.28 pagi berhampiran dengan SMK Yuk Choy, Jalan Kuala Kangsar menghala ke Pusat Bandar Ipoh, Perak.