
PETALING JAYA: Hanya segelintir individu dikesan melakukan kesalahan berpakaian secara lucah dan tidak senonoh dalam program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024.
Ketua Polis Johor M Kumar, berkata pihak penganjur juga telah dipanggil bagi membantu siasatan dengan beberapa lagi individu sedang dikenalpasti.
Katanya, program anjuran Persatuan The Hash House Harriers tersebut dijadual bermula 4 hingga 6 Okt melibatkan beberapa kawasan di daerah Kota Tinggi, Kulai, dan Seri Alam.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan lucah di tempat awam, selain Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan yang menghina atau lucah dengan niat membangkitkan keadaan tidak aman.
Selain itu, kes juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan…