
Polis akan meneruskan pelaksanaan sekatan jalan raya fizikal seperti biasa walaupun Kementerian Pengangkutan menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan pendekatan penguatkuasaan berasaskan teknologi.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Muhammed Hasbullah Ali berkata cadangan penggunaan teknologi seperti Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) adalah khusus untuk JPJ dan tidak melibatkan operasi penguatkuasaan polis.
“Ini untuk JPJ sahaja.
“Bagi pihak polis, kita masih dan akan terus melaksanakan sekatan jalan raya seperti biasa kerana hala tuju dan tugas berbeza,” katanya kepada FMT.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook pada bulan lalu berkata kerajaan bercadang mengurangkan kebergantungan kepada sekatan jalan raya fizikal yang sering…