Hot FM

Polis Kelantan kutip RM1.4 juta bayaran saman dalam tempoh 3 hari



Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata, sejak 2017 hingga hari ini, sebanyak 718,680 saman telah dikeluarkan Polis Kelantan untuk pelbagai kesalahan dengan nilai saman sebanyak RM3.24 juta. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Sejumlah RM1.4 juta bayaran saman diterima polis Kelantan atas pelbagai jenis kesalahan trafik yang dibayar orang ramai, dalam tempoh tiga hari sejak 9 Dis lepas berikutan pengurangan diskaun yang diberikan sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata jumlah terbabit adalah bayaran bagi 26,618 Saman Pol 170A dan 31,163 bagi Saman Pol 257.

Beliau berkata pada 2021 terdapat sebanyak 121,606 saman yang telah dikeluarkan dengan nilai saman sebanyak RM321,010, dan daripada jumlah itu 37,512 saman telah dibayar.

Katanya saman tertunggak pada 2021 pula adalah sebanyak 84,094 iaitu 69 peratus daripada keseluruhan saman yang dikeluarkan.

“Untuk makluman sejak 2017 hingga hari ini, sebanyak 718,680…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version