Site icon Hot FM

Polis kenal pasti suspek seludup 336kg heroin ke Australia


Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti modus operandi.

Polis Australia berkata dadah itu disembunyikan dalam blok konkrit yang diisytihar sebagai panel solar. (Australia Federal Police pics)

PETALING JAYA: Polis mengenalpasti individu dan syarikat disyaki mempunyai kaitan kes penyeludupan 336kg heroin ke Australia baru-baru ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenalpasti modus operandi dan penglibatan syarikat berkaitan penghantaran itu.

“Melalui siasatan yang dijalankan, polis mendapati terdapat penglibatan ahli sindiket dari Malaysia yang mempunyai kaitan
langsung dengan penangkapan di Australia.

“Polis juga mengenalpasti syarikat dan individu yang mempunyai kaitan serta siasatan lanjut masih lagi dijalankan,” katanya menjawab Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah).

Pada 13 Mac lalu, polis Australia di Brisbane…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version