Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis kesan lelaki baling botol kaca dari balkoni apartmen

today3 February 2023

Background



Polis memburu seorang lelaki yang membaling botol kaca dari balkoni sebuah apartmen yang videonya tular di media sosial baru-baru ini. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti individu dalam satu video tular membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah apartmen ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan dari sebuah premis kediaman tinggi di Jalan Cendana, Kampung Baru, di sini baru-baru ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi mengenal pasti individu berkenaan dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.

“Tindakan berkenaan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, Noor Dellhan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post