
KEPALA BATAS: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang bertindak melanggar dan mengugut seorang penunggang motosikal lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di kawasan Tasek Gelugor, di sini semalam.
Ketua Polis Seberang Perai Utara Mohd Asri Shafie berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan oleh polis mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa menegur seorang lelaki yang memandu kereta kerana suspek memotong kenderaan tanpa memberi isyarat lampu sisi dan tindakan tersebut berbahaya.
“Pemandu kereta itu yang tidak berpuas hati telah bertindak melanggar motosikal dan penunggang motosikal itu dengan keretanya, ekoran kejadian tersebut mangsa (penunggang motosikal) membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kejadian yang turut tular di media…
