Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta

today26 November 2024

Background


Zulkafli Sariaat
Polis menyiasat kes samun barang kemas di Ipoh itu di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)

IPOH: Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak Zulkafli Sariaat berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira 9.30 pagi.

Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada beberapa lelaki memakai topeng muka dan bersenjatakan parang telah melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Volvo berwarna putih, BMW coklat dan Toyota Estima hitam.

“Ketika kejadian, dua mangsa itu baru keluar dari sebuah premis perniagaan di lokasi berkenaan dan membawa beg berisi barang kemas dianggar seberat 4.1 kilogram bernilai RM1.54 juta.

“Semasa mangsa hendak menyimpan beg terbabit di dalam but kenderaan mereka, suspek-suspek telah meluru dan terus melanggar bahagian belakang kereta sebelum merompak mangsa,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post