Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis kesan wanita tinggal bayi depan masjid

today9 June 2023

Background


Ketua Polis Kerian Juna Yusoff berkata bayi perempuan yang berusia beberapa hari ditemukan di pintu utama Masjid An-Najihah Sungai Kepar.

Polis mengesan seorang wanita dipercayai meninggalkan bayi perempuan yang berusia beberapa hari di Masjid An-Najihah Sungai Kepar dekat Semanggol, Perak.

IPOH: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru beberapa hari dilahirkan ditemukan di depan pintu utama Masjid An-Najihah Sungai Kepar dekat Semanggol hari ini.

Ketua Polis Kerian Juna Yusoff berkata bayi yang cukup sifat itu serta dibalut dengan kain ditemukan oleh jemaah masjid dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kerian digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita dipercayai bangsa Melayu telah masuk ke kawasan masjid dan meninggalkan bayi tersebut,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata wanita itu dilihat beredar pada 11.58 pagi dan pemeriksaan awal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

TFC tak terdaya sekat JDT

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) gagal membalas dendam kekalahan aksi pusingan pertama selepas tumpas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi dicemari dengan insiden dua kad merah yang dilayangkan kepada pemain tuan rumah.

today9 June 2023