
PETALING JAYA: Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengutip RM4.06 juta daripada 82,230 saman yang dibayar sejak Khamis lalu sehingga 8.45 malam tadi, menerusi tawaran diskaun 80%.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh berkata, purata lebih RM1.36 juta dikutip sehari menerusi pembayaran saman di kaunter JSPT KL, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Brickfields, Sentul dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju.
Katanya, JSPT KL merekodkan kutipan berjumlah RM 971,360 daripada 20,855 saman yang dilangsaikan, manakala IPD Dang Wangi meraih RM148,670 daripada pembayaran 3,135 saman.
“IPD Brickfields pula merekodkan 1,261 saman dengan nilai kutipan bayaran sebanyak RM57,620 sementara 2,919 saman dibayar di IPD Sentul dengan kutipan RM145,700.
“Kaunter JPJ…