Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Malaysia, Australia kerjasama siasat rampasan 622kg dadah

today12 October 2023

Background


Pihak berkuasa Australia merampas 622kg methamphetamine dianggarkan hampir AUD560 juta yang disembunyikan dalam palet bungkusan tisu tandas. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis Malaysia sedang bekerjasama dengan polis persekutuan Australia (AFP) bagi menyiasat penahanan seorang rakyat Malaysia serta rampasan 622kg methamphetamine di Melbourne.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Kamarudin Din berkata tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah.

“Polis Malaysia melalui JSJN sedang bekerjasama dengan AFP bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan dadah itu yang diisi dalam 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat 1kg yang dianggarkan hampir AUD560 juta (USD359 juta) disembunyikan dalam palet bungkusan tisu tandas.

Bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Okt lalu.

Susulan itu, dua warga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post