Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lapan individu diambil keterangan setakat ini.

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat penemuan naskhah al-Quran yang dibuang di beberapa lokasi di Lembah Klang.
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan masih dijalankan dengan keterangan lapan individu sudah diambil setakat ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan al-Quran dengan tujuan mengaibkan agama dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian atas agama,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.
“Dalam menjaga sensitiviti dan kesucian al-Quran, sekiranya ada pihak ingin melupuskannya, (mereka) sewajarnya mendapatkan nasihat jabatan agama negeri masing-masing sebelum pelupusan…