Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Melaka tawar diskaun saman 50% sempena Hari Belia

today22 May 2024

Background


Polis berkata tawaran diskaun 50% itu melibatkan semua jenis saman dikeluarkan di seluruh negara.

MELAKA: Polis menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah, berkata tawaran diskaun saman itu hanya diberikan kepada mereka yang hadir di kaunter trafik yang akan dibuka di dataran berkenaan bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata, ia melibatkan semua jenis saman dikeluarkan di seluruh negara kecuali kesalahan melibatkan kemalangan, saman berstatus ‘non compoundable’, saman Op Selamat, bicara mahkamah, memotong secara bahaya atau memotong barisan, guna lorong kecemasan, langgar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan ubah suai ekzos.

“Bagi melancarkan urusan serta mengelak beratur panjang, orang ramai dinasihatkan membuat semakan saman melalui portal atau aplikasi MyBayar PDRM terlebih…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post