Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis minta bantuan Rusia kesan pasangan panjat Menara Merdeka 118

today25 January 2023

Background



Gambar yang memaparkan pasangan Rusia memanjat Menara Merdeka 118 tular di media sosial.

PETALING JAYA: Polis meminta bantuan Biro Pusat Nasional (NCB) Moscow, Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejak pasangan Rusia yang menceroboh dan memanjat menara Merdeka 118.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya membuat permohonan kepada pihak berkuasa itu pada 5 Jan lalu untuk mendapatkan butiran pasangan berkenaan yang dipercayai sudah keluar dari negara ini.

β€œSetakat ini, kita masih menunggu maklumat dan butiran dari pihak berkuasa Rusia,” katanya menurut Berita Harian.

Menurutnya, sehingga kini seramai 13 individu sudah dirakam percakapan, termasuk kakitangan bangunan terbabit dan pengawal keselamatan.

Katanya, polis juga akan melakukan perbincangan dengan pemilik menara itu dan pemilik bangunan pencakar langit lain untuk mengelak lokasi itu menjadi sasaran individu untuk melakukan aktiviti ekstrem.

Pada Disember lalu, polis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post