Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis minta orang ramai bantu kesan remaja hilang

today24 December 2024

Background


Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham
Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham, 13, dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas selepas kali terakhir dilihat di kawasan Apartment Bangi Idaman, Bangi. (Gambar PDRM)

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan kali terakhir Nur Aleeyah Qistina dilihat adalah pada petang Sabtu di kawasan blok A-2-2 Apartment Bangi Idaman, Seksyen 5C/5 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Aleeyah Qistina pada 2.20 petang Ahad.

Nur Aleeyah Qistina berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan gempal dan berambut panjang serta memakai kemeja-T warna coklat ketika kali terakhir dilihat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau penolong…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Wan Rohaimi nampak bagai ada sinar di hujung terowong

Georgetown: Pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail mengakui belum cukup berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun skuad Harimau Kumbang berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Cabaran selepas menyingkirkan PT Athletic FC dengan agregat 6-0, di Stadium Bandaraya, malam tadi.

today24 December 2024