Terdahulu dilaporkan bekas pegawai bank Goldman Sachs itu, yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, akan berdepan tuduhan di negara ini.

KUALA LUMPUR: Polis akan memulakan siasatan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1MDB.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
“Insya-Allah, kami akan siasat (Ng) terlebih dahulu,” katanya ringkas hari ini.
Semalam, polis mengesahkan Ng telah tiba di Malaysia bagi membantu siasatan kes tersebut namun lokasinya tidak didedahkan atas faktor keselamatan.
Jumaat lepas, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan tuduhan di negara ini.