Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis mungkin tangkap suspek bunuh Zayn Rayyan berdasar risikan

today9 January 2024

Background


Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan mati pada 6 Dis lalu. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis akan bertindak ke peringkat seterusnya berhubung siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata ini termasuk menahan suspek berdasarkan risikan yang dikumpul.

“Walaupun laporan-laporan forensik masih belum terima, tetapi kita melihat bahawa siasatan forensik itu berkesudahan secara negatif.

“Jadi saya telah berbincang dengan (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) Shuhaily Mohd Zain, kita ke arah mengumpulkan risikan. Mungkin memulakan tangkapan ke atas suspek-suspek yang kita anggap punya lebih 60% keterangan (berpadanan dengan risikan),” katanya dalam sidang media.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata setakat ini tidak ada perkembangan terbaru berhubung kes pembunuhan kanak-kanak itu, yang ditemukan mati pada 6 Dis lalu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf