Hot FM

Polis nafi cubaan culik budak guna umpan RM100


Abdul Malik Hasim
Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata pemandu kereta merah dalam klip tular itu menegur kanan-kanak menunggang basikal di jalan raya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis menafikan cubaan menculik seorang kanak-kanak dengan mengumpan mangsa RM100 di sebuah taman perumahan di Tiara Sendayan, Nilai, Khamis lalu seperti didakwa satu video tular.

Video tular di TikTok dengan kapsyen “perhatikan kereta merah, percubaan untuk culik anak jiran, tetapi gagal sebab anak jiran bijak, dia terus lari balik” itu mendakwa penculik menawarkan wang tunai RM100 kepada kanak-kanak sasarannya. Video itu kemudiannya dipadamkan.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata semakan mendapati kereta didakwa digunakan “penculik” itu sebenarnya milik jiran di taman perumahan terbabit.

Setakat ini, beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Hasil pemeriksaan kami mendapati kejadian itu berlaku bukan untuk tujuan culik seperti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version