Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis nafi sebar mesej penipuan ‘Sim Swap’

today24 December 2023

Background


Polis ingatkan pengguna telefon agar tidak menekan pautan meragukan dan tidak menuruti arahan diterima individu tidak dikenali.

KUALA LUMPUR: Polis nafi membuat sebaran mesej menerusi media sosial mengenai kewujudan modus operandi baharu penipuan, dinamakan ‘Sim Swap’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya mengesan sebaran mesej itu melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook dan didakwa mesej tersebut daripada ‘JSJ Komersial PDRM’.

“Adalah dimaklumkan informasi tersebut palsu. Jabatan ini tidak pernah membuat sebaran mesej sedemikian malah tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan modus operandi tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut mesej berkenaan, mangsa akan menerima panggilan dan diminta menekan butang 1 sebelum telefon digodam serta diambil alih penjenayah bagi memindahkan semua wang mangsa ke akaun lain.

Ramli mengingatkan pengguna telefon agar tidak menekan mana-mana pautan meragukan dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Manuel Ott masih milik Kedah

Alor Setar: Manuel Ott adalah satu-satunya pemain import yang masih memiliki kontrak bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi saingan musim 2024 yang akan memulakan cabaran Mei depan.

today24 December 2023