
KUALA LUMPUR: Polis nafi membuat sebaran mesej menerusi media sosial mengenai kewujudan modus operandi baharu penipuan, dinamakan ‘Sim Swap’.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya mengesan sebaran mesej itu melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook dan didakwa mesej tersebut daripada ‘JSJ Komersial PDRM’.
“Adalah dimaklumkan informasi tersebut palsu. Jabatan ini tidak pernah membuat sebaran mesej sedemikian malah tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan modus operandi tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Menurut mesej berkenaan, mangsa akan menerima panggilan dan diminta menekan butang 1 sebelum telefon digodam serta diambil alih penjenayah bagi memindahkan semua wang mangsa ke akaun lain.
Ramli mengingatkan pengguna telefon agar tidak menekan mana-mana pautan meragukan dan…
