Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis panggil pempengaruh berkait laporan gangguan seksual

today25 July 2023

Background


Pengawai khas Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman berkata tindakan itu tidak boleh dibiarkan.

PETALING JAYA: Polis akan memanggil seorang pempengaruh media sosial berhubung laporan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 21 tahun itu diminta hadir untuk dirakam keterangan di IPD Bentong pada Khamis ini, lapor Harian Metro.

“Siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada pegawai khas Ahli Parlimen itu pada 17 Julai lalu,” katanya.

Zaiham berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pempengaruh itu dilaporkan memuat naik video mempertikaikan cara Young Syefura berpakaian di pentas ketika satu ceramah di Kedah baru-baru ini.

Pegawai khas Ahli Parlimen itu Noor Suhana Ishak berkata tindakan pempengaruh itu tidak boleh dibiarkan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post