
Seorang pempengaruh dipanggil polis kerana dipercayai melanggar undang-undang dengan menunggang motosikal elektrik diubah suai dan membawa dua pembonceng.
Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata polis mengesan video tular 22 saat yang dimuat naik ke akaun TikTok @Isa Isarb kira-kira 11.50 pagi semalam.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati kenderaan mikromobiliti itu diubah suai, dipasang bumbung dan ditunggang seorang lelaki bersama dua pembonceng di persimpangan lampu isyarat Lee Rubber, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin.
“Kita membuat pemeriksaan ke atas sebuah motosikal bernombor plat MDJ1154 yang didaftarkan atas nama Isa Isarb dipercayai merakam aksi kenderaan mikromobiliti itu.
“Polis menghubungi Isa dan dimaklumkan beliau kini berada di Sabah atas urusan perniagaan hingga Jumaat…