Polis berkata, siasatan dimulakan kerana ucapan lelaki itu mempunyai kecenderungan mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

PETALING JAYA: Polis memanggil seorang lelaki mengkritik kerajaan yang berucap di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jumaat lalu, ketika Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin didakwa atas tuduhan rasuah.
Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai berkata, klip video di TikTok menunjukkan lelaki itu berucap di depan penyokong Muhyiddin sambil berdiri di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih.
Katanya, lelaki itu mengkritik pelantikan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan kekurangan dana untuk Ahli Parlimen pembangkang.
Beliau turut mendakwa kerajaan tidak menjaga orang Melayu atau mempertahankan Islam.
“Siasatan awal mendapati ucapan individu tersebut…
