Hot FM

Polis pantau provokasi di media sosial sempena final Piala FA


Rusdi Mohd Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata ia antara langkah keselamatan diambil, selain kawalan 2,488 anggota di Stadium Nasional Bukit Jalil. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis akan memantau individu cuba menimbulkan provokasi di media sosial menjelang perlawanan Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata ia antara langkah keselamatan dilaksanakan, selain kawalan 2,488 anggota di venue.

“Penyokong dan penonton diminta bersabar dan tidak menimbulkan sebarang provokasi di stadium. Polis akan buat kawalan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

“Kita (polis) juga meminta orang ramai tidak kira penyokong JDT (Johor Darul Ta’zim) atau Selangor dan penyokong pasukan lain sekali pun, jangan timbulkan provokasi di media sosial. Kita akan memantaunya,” katanya menurut Harian Metro.

Sebelum ini, Rusdi dilaporkan menasihati orang ramai menjaga tatasusila dan tidak melakukan provokasi melampau sehingga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version