Hot FM

Polis pantau video tawar kemasukan haram ke Malaysia


Video TikTok dikatakan menunjukkan warga Indonesia menunggu untuk menaiki bot laju ke Malaysia atau pulang ke tanah air.

PETALING JAYA: Polis sedang memantau beberapa akaun TikTok yang memuat naik video dikatakan menawarkan kemasukan secara haram ke Malaysia dengan bot laju bagi warga Indonesia.

Menurut video-video tersebut, warga Indonesia boleh dibawa dari pelbagai kawasan di Indonesia, seperti Surabaya, Lombok dan Tanjung Balai, ke Malaysia dengan harga antara RM1,600 hingga RM2,900 seorang.

Pengangkutan turut didakwa ditawarkan ke Johor, Kelantan dan Selangor, termasuk Pelabuhan Klang, malah permintaan warga Indonesia di Malaysia yang ingin pulang turut dilayan.

Banyak video dikatakan menunjukkan warga asing mengucapkan terima kasih kepada penyedia perkhidmatan itu kerana membantu mereka masuk ke Malaysia atau kembali ke Indonesia.

Hussein Omar Khan.

Beberapa video mencapai hampir 200,000 tontonan, dengan banyak komen meminta laluan tertentu disediakan, sementara pemegang akaun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version