Hot FM

Polis parah diserang 2 warga Myanmar mabuk


Pemangku Ketua Polis Pahang Azry Akmar Ayob berkata dua suspek dipercayai mabuk ketika kejadian serta mengganggu ketenteraman awam apabila memainkan muzik dengan kuat di tepi jalan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Seorang anggota polis mengalami kecederaan serius selepas diserang dua warga Myanmar ketika menjalankan tugas di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, berkata dua suspek lelaki berusia 26 dan 30 tahun yang bekerja di sebuah ladang itu dipercayai mabuk ketika kejadian serta mengganggu ketenteraman awam apabila memainkan muzik dengan kuat di tepi jalan.

“Selepas ditegur, kedua-dua suspek marah sebelum menyerang anggota polis terbabit. Akibat serangan itu, mangsa cedera di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum mendapatkan rawatan di hospital,” katanya menurut Berita Harian.

Pemeriksaan di Hospital Lipis mengesahkan Koperal Nik Mohd Farid Nik Pa patah tulang hidung, tulang di pipi kiri berhampiran bawah mata dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version