Hot FM

Polis patah 3 cubaan seludup dadah di KLIA


Dadah jenis syabu dan bunga ganja yang dirampas daripada empat suspek yang ditahan dalam operasi berasingan kerana disyaki cuba menyeludup bahan terlarang tersebut di KLIA.
SHAH ALAM:

Polis berjaya mematahkan tiga cubaan menyeludup dadah dalam operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan merampas syabu dan bunga ganja bernilai lebih RM5.4 juta.

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata seramai empat suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun ditahan dalam operasi yang dijalankan bersama polis bantuan KLIA itu.

Katanya, semua suspek dipercayai cuba menyeludup dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, dan jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan lebih 273,000 penagih.

“Dalam kes pertama pada 5 April, seorang wanita tempatan berusia 19 tahun ditahan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah berhampiran KLIA bersama sebuah bagasi.

“Pemeriksaan menemukan 12 bungkusan plastik berisi bahan disyaki syabu seberat 12.5kg, dengan nilai rampasan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version