
IPOH: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan culik seorang murid di hadapan Sekolah Kebangsaan Pengkalan, Taman Pinji Mewah, di sini, Jumaat lalu, yang tular menerusi media sosial.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada ibu kanak-kanak itu pada 9 malam, hari sama.
“Polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes ini dari pelbagai sudut di samping bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan negeri serta pihak sekolah dalam mempertingkatkan langkah pencegahan dan keselamatan di sekolah.
“Ibu bapa diminta menghantar dan mengambil murid mengikut waktu ditetapkan dan memaklumkan kepada pihak sekolah jika mempunyai sebarang masalah mengenai urusan mengambil dan menghantar…