
PETALING JAYA: Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hilang dan ditemukan tidak bernyawa semalam berdekatan sebatang sungai, dipercayai meninggal dunia di tempat lain.
Berdasarkan siasatan setakat ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata polis merumuskan mayat kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu diletakkan di tempat ia ditemui.
“Selama dua hari melalui tempat yang sama tak bertemu pun dengan mangsa tapi ditemui kemudian pada hari yang kedua lewat malam.
“Kita merumuskan bahawa mangsa tak mati di tempat kejadian. Mati ditempat lain dan diletakkan disitu,” katanya pada sidang media tergempar malam tadi.
Berdasarkan bedah siasat, Shuhaily berkata Zayn kemungkinan sudah meninggal dunia selama 48 jam.
“Yang pasti punca bukan sebab lemas,” katanya.
Shuhaily berkata polis ambil maklum tempat di mana mayat Zayn ditemui bukan laluan harian…
