Menteri dalam negeri turut mengingatkan orang awam untuk sedar tentang etika pemakaian di balai polis.

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis perlu mengambil laporan daripada orang awam tanpa mengira pemakaian mereka.
Saifuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan anggota polis yang tidak bersedia dalam tugas mereka dan seterusnya menolak laporan yang dibuat.
“Kita tidak akan kompromi dalam soal ketidaksiapsiagaan anggota polis yang menolak daripada mengambil aduan” katanya selepas majlis libat urus bersama pengamal media di Putrajaya.
Katanya, kes tersebut telah ditutup dan pihaknya menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap tindakan polis berkenaa pada ketika itu.
Pada masa yang, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sedar tentang etika kesopanan pemakaian yang…