Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis rampas cecair vape ‘perisa’ dadah RM3.4 juta, tahan 7 individu

today15 October 2022

Background



Polis berkata cecair ketamin dicampur dalam perisa vape sebelum dijual menggunakan khidmat kurier.

KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket mengedar dan memproses dadah dalam bentuk cecair vape bernilai RM3.4 juta terbongkar susulan penahanan tujuh individu termasuk seorang wanita warga asing dalam empat serbuan sekitar Lembah Klang, Khamis lalu.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata semua individu berusia 25 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 104.16 liter cecair ketamin, 27.56g syabu dan 160 biji pil yaba selain tiga kenderaan, wang tunai RM2,530 dan barang kemas bernilai RM3,077.

“Sindiket ini dipercayai aktif sejak awal tahun ini dengan modus operandinya mencampurkan cecair ketamin ke dalam perisa vape dan menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengedarkan dadah untuk pasaran tempatan,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post