Hot FM

Polis rampas dadah bernilai RM2 juta, suami, isteri, antara 4 individu dicekup



Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukkan dadah yang dirampas dalam beberapa siri serbuan minggu lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pasangan suami isteri antara empat warga tempatan ditahan susulan tumpasnya sindiket pengedaran dadah di sekitar Pulau Pinang, selain merampas dadah bernilai RM2 juta, dalam siri serbuan bermula 20 hingga 22 Jan lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sejak sebulan lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di Bukit Minyak, dekat Bukit Mertajam, pada jam 5 petang 20 Jan lalu.

“Pemeriksaan ke atas lelaki itu yang merupakan pemilik bengkel besi, menemukan tiga bungkusan plastik warna kuning bertulis ‘daguanyin’ iaitu jenama teh Cina mengandungi syabu seberat 3,162 gram (g) bernilai RM113,832, sebelum membawa kepada serbuan ke dua di rumah suspek juga di Bukit Minyak.

“Dalam serbuan kedua itu, polis menahan suri rumah berusia 30 tahun yang merupakan isteri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version