Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis rampas dadah RM398,000, tahan 2 lelaki

today10 September 2023

Background


Dua suspek direman bermula hari ini hingga Sabtu depan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (Gambar Facebook)

TANAH MERAH: Polis merampas 36,200 biji pil yaba dan 183g syabu bernilai RM398,600, dalam dua serbuan berasingan sempena Op Tapis, semalam.

Ketua Polis Tanah Merah, Mohd Haki Hasbullah, berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Perumahan JPN dekat Batu 11, pada 6 petang.

“Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang berada di dalam rumah tersebut. Pemeriksaan terhadap suspek telah menemukan 200 biji pil disyaki pil yaba dan 183g dadah disyaki syabu, dengan anggaran nilai sebanyak RM 38,600,” katanya dalam kenyataan.

Haki berkata, rampasan kedua dilakukan pada 6.45 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tanah Merah selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang sedang menunggang sebuah motosikal di tepi jalan Kampung Batu Gajah.

“Pemeriksaan lanjut oleh polis telah menemukan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Bryan, Khairul Safwan dipilih pacu kem terjun negara

Kuala Lumpur: Kem terjun negara mungkin lebih padu selepas ini apabila Persekutuan Renang Malaysia (MAS) melantik dua bekas atlet terjun kebangsaan, Bryan Nickson Lomas sebagai Pengarah Teknikal manakala Khairul Safwan Mansur menggalas tugas selaku Pengarah Prestasi Tinggi.

today10 September 2023