Hot FM

Polis rampas rokok seludup lebih RM1 juta, tahan 2 lelaki


Sepasukan anggota PGA Batalion 7 menahan sebuah lori membawa 900,000 rokok seludup dekat Kampung Baru Salor, Kota Bharu, pada Jumaat lepas.

PETALING JAYA: Dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun, dipercayai penghantar rokok seludup, ditahan di Kota Bharu bersama 900,000 batang rokok bernilai RM1.1 juta pada Jumaat lepas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sepasukan anggota PGA Batalion 7 menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan dekat Kampung Baru Salor pada kira-kira 2 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori jenis Isuzu itu, (pasukan) menemui puluhan kotak besar mengandungi sebanyak 900,000 batang rokok seludup jenama ‘John Blend’.

“Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup rokok tersebut ke pasaran tempatan,” katanya, lapor Bernama

Beliau berkata, kes tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat jenayah IPD Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version