Site icon Hot FM

Polis sahkan kematian pelajar UUM akibat renjatan elektrik


Laporan bedah siasat menunjukkan S Vinosiny juga menghidap penyakit ‘Myocardial Fibrosis’.

S Vinosiny ditemui mati dalam bilik kolej kediamannya di UUM Sintok Mei tahun lalu.

PETALING JAYA: Polis mengesahkan kematian seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 22 Mei tahun lalu berpunca akibat renjatan elektrik.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad, berkata ia selepas pihaknya menerima laporan bedah siasat berhubung kematian pelajar jurusan perakaunan itu.

“Laporan bedah siasat mendapati punca kematiannya disebabkan terkena renjatan elektrik. Laporan ‘Histopathology Forensic’ ke atas tisu-tisu jantung juga menunjukkan mangsa menghidap penyakit ‘Myocardial Fibrosis’.

“Kehadiran penyakit ini meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami gangguan ritma jantung yang boleh mendatangkan maut ditambah dengan suatu renjatan elektrik bervoltan rendah,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, Wan Hassan berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version