Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Polis Sedang Mengesan Kanak-Kanak Hilang Di Johor, Minta Kerjasama Orang Ramai Jika Jumpa

today22 July 2024

Background


Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata kanak-kanak yang bernama Albertine Leo Jia Hui itu disedari hilang oleh bapanya jam 8.30 malam.

Polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak terbabit dan hebahan mengenai kehilangannya juga sudah diedarkan.

“Polis Daerah Iskandar Puteri sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang sejak semalam.

“Lokasi terakhirnya ialah di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani, di sini.

“Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana,” katanya.

Kanak-kanak terbabit memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ pada bahagian dada dan berseluar pendek pada hari kejadian.

Difahamkan bapa kanak-kanak itu juga merupakan salah seorang peniaga menyertai festival Maqan x Bon Odori yang sedang berlangsung di lokasi pusat perniagaan itu sejak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Kubo prospek terbaru Liverpool

London: Liverpool kini dikaitkan dengan pemain sayap Real Sociedad Takefusa Kubo dan laporan di negaranya Jepun menunjukkan betapa serius minat The Reds yang sedia menawarkan kontrak sangat lumayan.

today22 July 2024