Kegiatan sindiket BEC itu dipercayai menggodam e-mel syarikat tertentu bagi memantau urus niaga syarikat berkenaan sebelum menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan atau pembekal untuk mendapatkan wang.

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyekat transaksi perpindahan wang lebih RM28 juta ke akaun bank di luar negara kerana disyaki terlibat dengan penipuan Business Email Compromise (BEC).
Kegiatan sindiket BEC ini dipercayai melakukan penipuan dengan menggodam e-mel syarikat tertentu bagi tujuan memantau urus niaga syarikat berkenaan sebelum menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan atau pembekal untuk mendapatkan wang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata sekatan itu merupakan hasil kerjasama Bank Negara…