
KUALA LUMPUR: Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman Soffian Santong berkata mereka yang diselamatkan berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun dan merupakan pekerja ladang yang tidak dibayar gaji walaupun terdapat antara mereka bekerja selama tujuh bulan.
Beliau berkata serbuan berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 12.30 tengah hari 21 Jan.
“Polis turut menahan tiga individu tempatan berusia lingkungan 32 hingga 35 tahun yang merupakan pemilik ladang sayur berkenaan dan…