Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis selamat mangsa culik, penjenayah maut

today26 September 2024

Background


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan umum polis selamatkan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai diculik di Salak Selatan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing diselamatkan polis selepas dipercayai menjadi mangsa culik kepada penjenayah yang mati ditembak dalam kejadian di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata lelaki warga Indonesia berusia 45 tahun itu dipercayai diculik di Salak Selatan, Cheras dan ditemukan selamat ketika operasi mengesan penjenayah terbabit.

“Mangsa sudah membuat laporan semalam di IPD Cheras dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi semalam, pasukan dari IPD Petaling Jaya menjalankan operasi mengesan suspek yang mempunyai 26 rekod jenayah dan dadah yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta kedai.

Suspek berusia 37 tahun itu yang ditembak mati selepas dilaporkan mengancam nyawa anggota polis, dipercayai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Popov tabik kebangkitan anak buahnya ikat TFC

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa FC, Velizar Popov memberikan tabik kepada anak buahnya yang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan, 2-2 ketika berdepan Terengganu FC (TFC), malam tadi.

today26 September 2024