
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin selesai memberi keterangan kepada polis petang tadi bagi membantu siasatan berkait komen berhubung dakwaan ‘berkomplot’ menyembunyikan titah adendum tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.
Proses rakam keterangan bermula 5.15 petang di pejabat Khairy di Damansara sebelum bekas menteri kesihatan itu dilihat keluar dari bangunan kira-kira 6 petang, lapor Berita Harian.
“Saya memberikan keterangan kepada polis berkaitan laporan-laporan polis yang telah dibuat terhadap saya.
“Itu sahajalah…saya nak mengesahkan bahawa saya selesai memberi keterangan. Terima kasih kepada pihak polis dan terima kasih kepada pihak media,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan dibuka selepas polis menerima dua laporan…