
KUALA LUMPUR: Polis selesai merakamkan keterangan Mohamed Apandi Ali hari ini, berhubung laporan seorang Ahli Parlimen yang mendakwa bekas peguam negara itu menyalahgunakan kuasa berkait siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil rakaman percakapan Apandi bermula 2.30 petang hingga 3.45 petang tadi.
Jumaat lalu, media melaporkan, polis menerima laporan dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang tidak berpuas hati terhadap siasatan 1MDB oleh Apandi ketika beliau menjadi peguam negara dan mendakwa telah menyalahgunakan kuasa melibatkan kes itu.
Santiago dalam laporannya mendakwa, bekas peguam negara itu telah menyalahgunakan…