
PETALING JAYA: Polis menyerahkan beberapa bahan bukti dalam kes seorang remaja dirogol seorang inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan kepada Jabatan Kimia.
Sumber dipetik Harian Metro berkata, polis merampas pakaian yang dipakai mangsa ketika kejadian untuk ujian DNA, selain tiga telefon bimbit milik mangsa, rakannya dan suspek untuk dihantar ke makmal forensik.
Katanya, polis turut merampas sarung bantal dan cadar yang dipercayai mengandungi sampel DNA, rambut, bulu serta pisau cukur.
“Semua bahan yang dirampas itu diserahkan ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu.
Pegawai polis berusia 34 tahun itu sudah ditahan, manakala mangsa bersama ahli keluarganya dipanggil ke IPD untuk dirakam keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Semalam, sumber dipetik…