Suspek ditahan pada 20 April oleh JSJ Bukit Aman ketika memasuki negara ini melalui penerbangan Taiwan, kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

PETALING JAYA: Polis telah menyerahkan kepada Taiwan dua warganya yang disyaki terlibat dengan kes tembakan di negara itu, susulan tangkapan yang dibuat beberapa minggu lepas.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kedua-dua suspek ditangkap pada 20 April oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika memasuki negara ini melalui penerbangan Taiwan.
Mereka kemudian diserahkan kepada polis Taiwan petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dibawa pulang ke negara asal, tambahnya.
“Kedua-dua suspek merupakan orang yang dikehendaki oleh pihak polis Taiwan kerana disyaki terlibat dengan…