Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis siasat anak Tam Spider dibuli senior

today5 October 2024

Background


Tam atau nama sebenarnya, Rustam Mustafah, dakwa anaknya bersama beberapa pelajar lain dibuli senior di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.

Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata setakat ini pihaknya menerima lima laporan berhubung isu terbabit.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kita sudah merakam keterangan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini, dilaporkan seorang penyanyi berumur 51 tahun mendedahkan anak lelakinya berusia 14 tahun dibuli dan kesal dengan tindakan pihak sekolah yang didakwa bukan sahaja tidak peka, malah tiada tindakan terhadap masalah buli di sekolah berkenaan.

Selain itu, terdapat ibu bapa lain di sekolah sama mendedahkan anak mereka dibuli enam pelajar di institusi terbabit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post